Friday, January 8, 2010

pengenalan

Semakin hari semakin ramai yang pandai bina laman web. Masing-masing mempunyai cara, idea, software, language (bahasa) dan teknik yang berlainan.

Ada yang menggunakan Frontpage, Dreamweaver, Netscape's Composer dan ada juga yang hanya menggunakan Microsoft Word. Bagi saya mula2 berjinak dalam dunia "web designer" hanyalah menggunakan Microsoft word. masa tu tak tau lagi apakah dia HTML, pernah dengar tapi tak tahu dengan detail. Selepas itu barulah menggunakan Netscape's Composer dan lepas tu belajar sikit2 dengan kekawan tentang Dreamweaver.

Memang menakjubkan, tak perlu tahu tentang HTML pun tak apa. Mula2 risau juga pasal kat tempat saya ni bukan ada kelas untuk belajar HTML. Nasib baik semua tu Dreamweaver yang tolong selesaikan. Bila dah berjinak dengan dreamweaver, perlahan2 saya mula paham "source code" yang sepatutnya digunakan. Kemudian perlahan2 belajar tentang lain2 HTML dan PHP melalui internet. Saya mula2 belajar Dreamweaver 4. Sebelum tu Dreamweaver masih dalam Micromedia (belum lagi di ambil oleh ADOBE)

Tapi tak kurang juga yang menggunakan pendekatan yang lebih mudah seperti menggunakan Joomla dan lain2 CMS